mesir
Mesir
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
جمهورية مصر العربية
Gumhūriyyet Maṣr el-ʿArabiyyah
Republik Arab Mesir
Bendera
Lagu: بلادى بلادى بلادى
(Biladi, Biladi, Biladi)
Ibu negara
(dan bandar raya terbesar) Kaherah
Bahasa rasmi Bahasa Arab
Kerajaan Republik Semipresiden
- Presiden Hosni Mubarak
- Perdana Menteri Ahmed Nazif
Penubuhan
- Mesir purba k. 3150 SM
- Kemerdekaan daripada UK 28 Februari 1922
- Pengisytiharan republik 18 Jun 1953
- Air (%) 0.632
Penduduk
- Anggaran 2007 77,498,000 (-)
- Banci 1996 59,312,914
KDNK (PPP) Anggaran 2006
- Jumlah $329.791 bilion (ke-29)
- Per kapita $4,836 (ke-110)
HDI (2006) 0.702 (sederhana) (ke-111)
Mata wang Paun Mesir (EGP)
Zon waktu (UTC+2)
Internet TLD .eg
Kod panggilan +20
Mesir (Bahasa Arab: مصر Miṣr) merupakan sebuah negara di Afrika Utara. Mesir bersempadan dengan Libya, Sudan, Jalur Gaza dan Israel serta Laut Mediterranean dan Laut Merah. Walaupun Mesir mempunyai keluasan tanah yang besar (1 juta km², kebanyakan penduduknya mendiami kawasan-kawasan tebing Sungai Nil, terutamanya bandar Kaherah dan Iskandariah.
Kawasan Mesir merupakan tapak tamadun awal Mesir Purba. Monumen-monumen Mesir Purba seperti Piramid Giza, Sphinx, Kuil Luxor dan sebagainya menjadi tarikan berjuta-juta pelancong luar negeri setiap tahun. Kini, Mesir merupakan antara negara Arab terpenting di Timur Tengah.
Isi kandungan
1 Sejarah
1.1 Dinasti-dinasti Mesir Purba
1.2 Zaman Moden
2 Pautan luar
[sunting] Sejarah
Lembah Nil sudah menjadi kawasan petempatan kekal manusia sejak Zaman Paleolitik. Penduduk awal bertanam cucuk, memburu, serta memancing untuk menyara hidup. Menjelang 6000 S.M., kehidupan penduduk menjadi lebih berorganisasi. Firaun Menes telah menyatukan wilayah-wilayah di lembah Nil dan menubuhkan kerajaan Mesir yang pertama pada 3200 S.M. Dengan ini, pemerintahan Mesir secara dinasti bermula.
[sunting] Dinasti-dinasti Mesir Purba
Zaman Protodinastik (3200 - 3000 S.M.)
Zaman Dinasti Awal (~3000 - 2575 S.M.)
Dinasti Pertama (~3000 - 2890 S.M.)
Dinasti Kedua (2890 - 2575 S.M.)
Kerajaan Lama (~2630 - ~2150 S.M.)
Zaman Pertengahan Pertama (~2150 - 2055 S.M.)
Kerajaan Tengah (~2030 - 1640 S.M.)
Zaman Pertengahan Kedua (~1640 - ~1549 S.M.)
Kerajaan Baru (1550 - 1077 S.M.) - pemerintahan Tutankhamun
Zaman Pertengahan Ketiga (1070 - 644 S.M.)
Zaman Lewat (672 - 330 S.M.)
Empayar Achaemenid (penaklukan Parsi pada 525 S.M.)
Zaman Graeco-Rom
Dinasti Ptolemaic (305 - 30 S.M.)
Di bawah firaun Ptolemaic cleopatra, Mesir ditewaskan dan ditakluk oleh Empayar Rom selepas Perang Actium. Selepas pemisahan Empayar Rom, Mesir diletakkan di bawah Empayar Rom Timur, iaitu Empayar Byzantine yang beragama Kristian. Pada 639 M., Mesir dikuasai oleh kerajaan Arab yang dipimpin oleh Khalifah. Pada zaman inilah penduduk Mesir memeluk agama Islam. Mesir kemudiannya dijajah oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah.
[sunting] Zaman Moden
Terusan Suez dibina pada 1869 dan menjadikan Mesir sebagai pusat perhubungan dan pengangkutan sedunia. Pertikaian antara kerajaan Uthmaniyyah dan British mendorong kepada pengambilan kawasan Mesir oleh pihak British pada 1914. British melantik Husayn Kamil sebagai Sultan Mesir.
SphinxAkibat gerakan nasionalisme yang hebat, British mengiytiharkan kemerdekaan Mesir pada 22 Februari 1922. Kerajaan baru ditubuhkan dan bersifat raja berperlembagaan. Pada 1948, Mesir terlibat dalam serangan oleh negara-negara Arab terhadap Israel tetapi kalah dalam perang tersebut. Golongan nasionalis yang tidak puas hati telah menggulingkan institusi monarki pada 1952 dalam Revolusi Mesir dan mengisytiharkan Republik Arab Mesir pada 1953.
Gamal Abdel Nasser menjadi Presiden Republik pada 1954 dan mengisytiharkan kemerdekaan penuh daripada United Kingdom. Tindakan Abdel Nasser memiliknegarakan Terusan Suez pada 1956 mambangkitkan kemarahan United Kingdom dan Perancis, dan mengakibatkan konflik tentera, iaitu Krisis Suez. Dalam Perang Enam Hari 1967, wilayah Mesir, iaitu Semenanjung Sinai dan Jalur Gaza ditakluk oleh Israel.
Pengebumian Abdel NasserAbdel Nasser meninggal dunia pada 1970 dan digantikan oleh Anwar Sadat. Pada 1973, Mesir dan Syria melancarkan Perang Yom Kippur bagi mendapat balik wilayah Semenanjung Sinai dan Bukit Golan. Campur tangan pihak Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet berjaya memulakan gencatan senjata. Pada 1977, Sadat menandatangani perjanjian damai dengan Israel untuk mendapatkan balik Semenanjung Sinai. Tindakannya mencetuskan kemarahan dalam kalangan penduduk Arab di dalam dan luar Mesir. Pada 1981, Sadat telah dibunuh.
Sadat digantikan oleh Hosni Mubarak yang merupakan Presiden Mesir sehingga hari ini.

0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama