Sabtu, 26 Disember 2009

Faraj
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Ambox warning pn.svg Kandungan laman ini mungkin mengandungi unsur-unsur seksual, ekstreme dan sebagainya yang tidak bersesuaian untuk sesetengah pihak, terutama dibawah 18 tahun.Sila keluar Jika anda tidak selesa dengannya.























Anatomi Perempuan

Faraj (فرج dari bahasa Arab, bermaksud "kembang", "diluaskan") ialah saluran tiub yang menuju dari uterus ke luar badan mamalia berplasenta dan marsupial betina, atau ke kloaka burung, monotrem, dan sebilangan reptilia betina. Serangga-serangga dan invertebrata-invertebrata yang lain juga mempunyai faraj yang merupakan bahagian akhir oviduktus. Dalam percakapan biasa, istilah "faraj" sering digunakan untuk merujuk kepada puki atau genitalia perempuan amnya; sebenarnya faraj merupakan struktur dalaman yang khusus dan puki merupakan genitalia luar sahaja. Bibir-bibir dan bahagian-bahagian lain juga dianggap sebagai sebahagian faraj dalam penggunaan umum.
Isi kandungan
[sorok]

* 1 Anatomi
* 2 Fungsi faraj
o 2.1 Darah haid
o 2.2 Aktiviti seks
o 2.3 Melahirkan anak
* 3 Kesihatan dan kebersihan seks
* 4 Faraj dan kebudayaan masyhur
* 5 Perkataan slanga untuk faraj
* 6 Lihat juga
* 7 Pautan Luar

[sunting] Anatomi
Pandangan hadapan skematik pada anatomi wanita.
Anatomi vulva skematik.

Faraj manusia adalah sebuah saluran berotot elastik yang menganjur di dalam tubuh perempuan. Ia biasanya pendek sedikit dan lebih nipis dari saiz zakar lelaki sederhana, sekurang-kurangnya panjangnya 4 inci (100 mm) dan 1 inci (25 mm) pada garis (walaupun ada banyak perbezaannya pada individu dari wanita ke wanita) tetapi keanjalannya menyebabkan ia untuk dapat menerima zakar-zakar yang lebih besar. Ia menyambungkan vulva di luar ke pangkal rahim pada uterus di bahagian dalam. Kalau wanita itu berdiri tegak, tiub vagina tercacak ke atas dan ke belakang, serta membentuk suatu sudut yang lebih sedikit daripada 45 darjah dengan uterus. Lubang vagina ialah pada hujung belakang (kaudal) vulva, di belakang lubang uretra. Di atas faraj adalah Mons Veneris. Faraj, bersama-sama dengan bahagian dalam vulva, biasanya berwarna merah jambu yang serupa dengan semua membran mukus dalaman di dalam mamalia-mamalia. Panjang, lebar dan bentuk faraj boleh berlainan. Ketika seorang wanita beranak dan semasa persetubuhan, faraj melebar dan memanjang sebanyak 2-3 kali.

Pelincir vagina dihasilkan oleh kelenjar Bartholin berdekatan dengan pembukaan faraj dan serviks dan juga meresap dalam dinding faraj (yang tidak mengandungi sebarang kelenjar).

Selaput dara — membran terletak di belakang bukaan uretra — menutup sebahagian daripada faraj dalam kebanyakan organisma, termasuk sesetengah wanita, semenjak kelahiran sehingga ia dipecah oleh persetubuhan, atau oleh sebilangan aktiviti lain, termasuk pemeriksaan perubatan, kecederaan, sesetengah jenis latihan, kemasukan objek asing, dsb. Akan tetapi, harus dicatatkan bahawa persetubuhan tidak selalu meyebabkan selaput dara rosak, dan ia juga tidak benar bahawa seorang wanita dengan selaput dara yang tidak rosak bermakna dia seorang dara.
[sunting] Fungsi faraj

Pada pandangan biologi, faraj mengerjakan fungsi-fungsi berikut:

* Memberikan jalan airan darah haid untuk meninggalkan badan.
* Aktiviti seks
* Melahirkan anak

[sunting] Darah haid

Faraj memberikan laluan untuk haid keluar dari badan. Dalam masyarakat moden, tampon, cecawan haid, dan tuala wanita boleh digunakan untuk menyerap cecair ini.
[sunting] Aktiviti seks

Tumpuan hujung-hujung saraf yang terletak dekat lubang vagina boleh menyebabkannya merasai seronok semasa aktiviti seks apabila dia dirangsangkan dengan cara yang dia suka, dan mungkin berakhir dengan puncak syahwat. Aktiviti ini termasuk persetubuhan heteroseksual di mana zakar pasangannya dicucuk ke dalam vaginanya. Semasa persetubuhan, haba, tekanan dan geseran vagina pada zakar merangsangkan lelaki, biasanya menyebabkannya mencapai puncak syahwat dan pancutan mani, yang boleh menyebabkan persenyawaan dan kehamilan. Terdapat zon badan yang mudah terangsang yang dipanggil titik G di dalam vagina (di bahagian anterior vagina, kira-kira lima sentimeter dari lubang). Sesetengah perempuan (walaupun dikatakan hanya merupakan minoriti) boleh mengalami puncak syahwat yang amat kuat jika titik Gnya dirangsangkan dengan cara betul semasa bersetubuh atau melakukan aktiviti seks yang lain. Ada orang yang mengatakan bahawa puncak syahwat titik G menyebabkan pancutan perempuan yang telah dipertikaikan.
[sunting] Melahirkan anak

Semasa melahirkan anak, faraj memberikan laluan untuk mengeluarkan fetus(bayi)) daripada uterus(rahim)) untuk hidup sendiri di luar badan ibunya.
[sunting] Kesihatan dan kebersihan seks

Faraj pada dirinya adalah organ yang membersihkan diri dan tidak perlu pengolahan atas nama kebersihan diri. Douche tidak digalakkan oleh doktor-doktor kerana amalan ini mengganggu keseimbangan flora vagina dan boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvis.

Faraj diuji ketika pemeriksaangynecological, biasanya menggunakan instrumen yang dipanggil sebuah speculum, yang membiarkan faraj terdedah untuk inspeksi gambaran atau mengambil sampel (sila lihat pap smear).

Berbagai disorders dapat affect faraj, termasuk kenser faraj dan penyakit yeast. Sila lihat kesihatan vulvovaginal.
[sunting] Faraj dan kebudayaan masyhur

Budaya Barat menganggap subjek ini dilarang. Seorang dimainkan oleh Eve Ensler digelar sebagai The Vagina Monologues adalah contoh jarang pada perkataan ini dalam budaya kebanyakan.
[sunting] Perkataan slanga untuk faraj

Faraj juga dikenali oleh banyak perkataan, banyaknya dianggapkan kurang sopan dan dilarang. Perkataan seks yang terumum dalam Bahasa Melayu ialah puki, pantat dan pepek. Berbagai nama beraneka dan julukan ciptaan lain juga umum digunakan.
[sunting] Lihat juga

* Haid
* Kelentit
* Titik G
* Pelancapan
* Pancutan perempuan
* latihan Kegel
* Seks manusia
* Perilakuan seks manusia
* Cunnilingus
* Feminisme positif-sex
* Seks
* Kelahiran anak

[sunting] Pautan Luar
Wiktionary-logo-en.png
Pengertian Faraj dalam Wiktionary bahasa Melayu, sebuah kamus bebas.
Commons-logo.svg
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:
Faraj

* (Melayu) Jenis Dan Bentuk Selaput Dara
* (Inggeris) Pink Parts - "Walk through" of female sexual anatomy by noted sex activist and educator Heather Corinna (illustrations; no explicit photos)
* (Inggeris) All About My Vagina - A website devoted entirely to the vagina, from the perspective of its "owner", who identifies herself only as "Sarah".

Templat:Reproductive system
p • b • s
Ciri anatomi manusia[sembunyi]

KEPALA: Tengkorak - Dahi – Mata – Telinga – Hidung – Mulut – Lidah – Gigi – Rahang – Muka – Pipi – Dagu
Human body features.png

LEHER: Kerongkong – Halkum - Pangka

TORSO: Bahu – Tulang belakang – Dada – Buah dada – Tulang rusuk – Abdomen – Pusat

Organ seks (Zakar/Pundi pelir/Buah pelir/Kelentit/Faraj/Ovari/Uterus) – Pinggang – Dubur – Punggung

ANGGOTA BADAN: Lengan – Siku – Lengan dan siku – Pergelangan tangan – Tangan – Jari (Ibu jari/Jari telunjuk/Jari hantu/Jari manis/Jari kelengkeng) – Kaki manusia – Riba – Paha – Lutut – Betis – Tumit – Mata kaki – Kaki – Jari kaki (Haluks)

KULIT: Rambut

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Faraj"
Kategori: Anatomi manusia | Sistem pembiakan | Ginekologi | Sistem pembiakan perempuan | Bahagian badan

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama